Thursday, March 4, 2010

kejatuhan kerajaan khilafah islamiah terakhir di turki

3 march thn 1924 kejatuhan kerajaan khilafah islamiah terakhir di turki dimana tarikh kejatuhan ini byk yg tidak tahu.
faktor2
dalaman
-Pengabaian Bahasa Arab
-Kurangnya ijtihad dan kemunduran daya berfikir
-Kemasukan pemikiran-pemikiran asing
-Perpecahan di kalangan umat Islam
Luaran
-Ancaman ketenteraan oleh musuh Islam khususnya Barat
-Konspirasi politik dan kebudayaan
-Kebangkitan puak Nasionalis dan Sekular
Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.
Kesan daripada kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
Negara-negara umat Islam menjadi lemah sehingga mudah dijajah satu persatu dan umat Islam mula diperkotak-katikkan dan ditindas selagi tidak mahu menerima perubahan yang dibawa oleh golongan Freemasom.
Pada akhir abad ke-19, sekitar 1870an, Midhat Pasha pada ketika itu sebagai ’Grand Vazier’ (seperti ketua menteri) telah memperkenalkan perlembagaan sekular yang ditiru dari perlembagaan Belgium. Perlembagaan ini menerangkan adanya parlimen untuk mewujudkan undang-undang baru dan sistem Demokrasi diterapkan manakala sistem Khilafah Islam mesti diketepikan. Walaupun perlembagaan ini mendapat tentangan daripada Khalifah Sultan Abdul Hamed II pada ketika itu, namun akhirnya selepas pemecatan Abdul Hamed pada 1908 melalui konspirasi politik, ia diterapkan berserta undang-undang Perancis. Para ulama juga telah mengeluarkan fatwa memboleh menerima undang-undang Barat kerana berpendapat ia tidak bertentangan dengan Islam. Ini menyebabkan institusi Khilafah bertambah lemah, umat Islam semakin jauh daripada Islam kerana kehidupan mereka diatur oleh sistem Barat bukan hukum-hukum Allah lagi. Walau bagaimanapun, institusi Khilafah masih wujud lagi pada ketika ini.
1915, muncul nama Mustapha Kamal Beik (Mustapa Kamal Attarturk) di Turki. Kamal hanyalah merupakan pegawai tentera yang biasa dan tidak terkenal tetapi mempunyai pemikiran sekular. Semasa peperangan di Ana Forta pimpinannya, ketika itu dia merupakan Kolonel yang memimpin satu division ketenteraan, Turki sedang berperang dengan British iaitu sebuah kuasa tentera yang sangat besar. Dalam senyap, Kamal telah berpakat dengan British, kemudian British telah mengundurkan tenteranya. Dengan pengunduran British ini, bermakna tentera Kamal telah menang dan nama Kamal pun diangkat sebagai wira negara. Dari situ pengaruh Kamal dan gerakan pimpinannya, Gerakan Turki Muda menjadi semakin besar dan penting dalam pentadbiran Turki. Sejak itu, Mustapa Kamal diberi tugas-tugas penting dalam peperangan namun malangnya, bukan peperangan yang berlaku tetapi perjanjian damai dengan musuh Islam dibuatnya. Dan perjanjian-perjanjian tersebut hanya berpihak kepada musuh Islam misalnya Kamal telah mengundurkan tentera di Syria ketika berhadapan dengan British, selepas itu British menguasai Syria.
Selain daripada Kamal Attarturk, pihak yang memainkan peranan secara langsung dalam meruntuhkan sistem Khilafah Islam ialah British. British memang sangat dengki dengan Islam dan mahu menjatuhkan negara Turki-Uthmaniyyah sebagai negara Islam dan meruntuhkan sistem Khilafah (dalam bahasa Inggeris : Caliphate). Sebelum kemunculan Kamal lagi, British telah meniup semangat patriotisme dan nasionalisme Arab dan nasionalisme Turki supaya perpaduan di kalangan umat Islam terpecah. Kemudian, para nasionalis yang mendokong idea ini menuntut kemerdekaan daripada Turki-Uthmaniyyah iaitu memisahkan wilayahnya daripada kesatuan negara Islam. Negara Turki-Uthmaniyyah yang besar itu kemudian dipecahkan oleh Barat menjadi Arab Saudi, Jordan, Mesir, Iraq, Lebanon dan negera-negara kecil lain dan Barat memerintah ke atas negara-negara tersebut melalui mekanisme ’pecah dan perintah ’(divide and rule). Setelah kesatuan umat Islam sudah melemah, target seterusnya ialah Turki dan Institusi Khilafah. Selepas Perang Dunia Pertama, 1921, di mana Turki telah kalah, British telah memfokuskan ketenteraannya di Turki iaitu pusat pemerintahan Dunia Islam demi memusnahkan seluruhnya kerajaan Islam. Pada masa yang sama, British di bawah pimpinanan General Harrington mengawal keadaan politik di Istanbul.
Pada pagi 3 Mac 1924, Perhimpunan Agung Kebangsaan telah mengumumkan pembubaran Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada Negara. Kamal Attartuk telah memerintahkan Khalifah terakhir, Khalifah Abdul Majed hendaklah meninggalkan Turki sebelum subuh. Kamal bersama polis dan tentera berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan membawanya ke Switzerland. Dua hari selepas itu, Kamal Attartuk mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar negara. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah-sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya. Akhirnya impian British untuk meruntuhkan Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah tercapai. Perjanjian Lausane yang diketuai oleh British mengiktiraf kemerdekaan Turki. Pada tahun yang sama, British membawa keluar semua tenteranya dari Turki. Lord Curzon, Perdana Menteri British pada masa itu berkata, ”…Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi kerana kita telah musnahkan kekuatan spiritualnya: Khilafah dan Islam.” Begitulah secara ringkasnya bagaimana Khilafah Islam Turki-Uthmaniyyah diruntuhkan.

No comments: