Tuesday, August 31, 2010

merdeka dan kepulangan adik



Hari nie sy rasa gembira coz seluruh rakyat Malaysia meraikan kemerdekaan negara kali yang ke 53 tahun di serata dunia dlm pelbagai bentuk perayaan.
Merdeka ini telah membuktikn Malaysia sudah tidak di jajah oleh bangsa asing di negara lain. sy rasa syukur sgt dan sy love merdeka.
ptg td,adik sampai di malaysia dari mesir kol 4.35 ptg dan kuar dari balai pelepasan kol 5 lebih.
happy sgt sy sbb sy gi dgn adik sy yg benarkn sy tunggu adik yg balik di mesir di balai menunggu sementara dia tunggu di kereta. kalo dgn kakak atas sy,confirm laa dia tak kasi. kalo sy minta pun dia akan bising dan bebel kat telinga sy
happy laa coz adik sy tue dpt merayakn di malaysia walaupun 3 hari saja dan dpt abiskn cuti posenya di malaysia

Wednesday, August 25, 2010

apasal tak past lagi drive keter

ari nie dlm kol 11 pg,adik nk test sy bawa keter sy ke bandar baru bangi. terkejut lak coz org yg berani test drive sy hanya ayah sy saja. adik nie kali kedua dia test sy selepas dia ambik sy dari kolej ( bln 7)
pemanduan sy ok but byk bagi signal ke kiri atau ke kanan terlalu awal. biasanya sy akan kasi signal sblm lepas kilang.
mula2 test kat bandar baru bangi dan bulatan,ok laa but apabila test dekat kilang terus berlaku kesilapan byk yg sy buat.lambat tindakan sy tekan hand brek apabila nk masuk selekoh.
but kali nie adik ajar sy buat u-turn kat kilang. mula2 gelabah laa coz sy tak pernah buat u-turn lepas tue sy try buatsehingga yakin coz masa dgn ayah sy,u-turn nie tak ada laa.
but rasa best pula buat u-turn nie. hahahahahaha. sy kalo blh u-turn kan kembali sy juga ok. hahahahahaha
tp adik sy tue steady jer sy tgk dgn sy,kalo yg lain jangan laa harap nk test sy. tue yg best ttg adik bawah sy tue. kita org buat 1 jam test tue
esok sy harap ada lagi test keter. hahahahaha. sayang adik

Tuesday, August 24, 2010

Fadhilat Ramadhan

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Friday, August 20, 2010

ramadhan

Ramadhan yg ku tunggu ketibaannya tiap tahun
ketibaannya mmg ku nantikn
dengan setulus hatiku ini

Ramadhan membawa seribu makna dlm hidupku
ia mengajarku segala erti dlm hidup ini
kesabaran,ketabahan,kekuatan dan kecekalan
kerana ia akan menguji jati diriku ini
dalam menempuhinya dlm kehidupan ini
mampu atau tak aku menghadapinya

Ramadhan memberi ku merasa kesusahan org dlm sengsara
hidup dlm kemiskinan seumur hidup
kais pagi mkn pagi,
kais petang makan petang
apabila ada makanan baru makan
apabila tiada mknan hidup dlm kelapan

Ramadhan juga mengeratkn silaturrahim sesama insan
yg mana sukar ketemu akan ketemu
di mana yg jauh akan pulang ke kg halaman

Wednesday, August 18, 2010

ayah bestfriends telah tiada

Br sahaja kawan baik sy menghantar berita yang ayahnya telah tiada (pukul 4.35 ptg) di kuantan pahang. ia mengejutkn sy
terasa baru semlm sy jumpa ayah kawab baik sy tue di umah keluarganya di kuantan. walaupun ayahnya sakit,but ayahnya tabah layan kami.
mmg sy terkejut coz dlm tahun yg sama 2 org telah meninggalkn kawan baik sy. mula-mula yang meninggal dunia akibat lemas di sungai adalah abg sulungnya dan skrg,ayahnya yg meninggal dunia.mesti dia terasa gelap dunia dan rasa nk mati sama
tapi sy harap kawan baik sy tue dpt tenang walaupun pedih menghadapi perpisahan kekalabadi bersama insan tersyg
sy tiada disampingnya utk menenangknnya. kalo sy ada,sy akan memujuknya supaya tabah coz mmg sukar nk hadapi kehilangan insan tersyg apatah lg ayah yg telah membesarkn kita bersama ibu.

Al-Fatihah utk arwah SA'ARI. semoga rohnya di tempatkn dikalangan org yg bermiman

Tuesday, August 17, 2010

14.8.2010 - 16.8.2010

nasib baik ayah sy masuk wad singkat dekat ampang putri (tempat sy bln 7) berbanding kat IJN lama.
kat ampang putri ayah keluarkan tiub yg dia pegang sepanjang dia lepas operate di IJN tue. so senang laa dia gerak
ayah mula buat kol 12 lebih dan abis 15 minit kemudian walaupun ayah masuk bilik operate awal. ayah kata sakit walaupun ia cucuk ubat tahan sakit but ayah tak menjerit like me yg tak tahan sakit sgt.
doctor kasi ayah tgk but ayah tak mau tengok coz sakit woo walaupun kasi ubat tahan sakit. ayah ckp doc kat GB tue tak perasan kaa tiub (yg ada kat perut) tue kecik sampai ayah ada masalah buang air. doc betulkn tiub dan buang alat yg ada kat ayah sejak di IJN,baru laa ayah blh buang air sendiri.
sy kat bilik sempat laa tido sekejap coz ponat laa. dan sepanjang ayah kat sana sy sempat laa buka pose kat sana. ari sabtu diaorg bawa lauk dari rumah dan ahad makanan beli. ayah mkn sy tgk jer coz tak heran.
lama kat spital coz ayah ada apoinment dgn doc ari isnin dan doc nk memastikn ayah sihat

Friday, August 13, 2010

teman ayah dan mengantok

kita org gi ampang specialist dekat ampang putri bersamaan ari khamis (12.8.2010) ayah nk jumpa doctor yg terel bab masalah ayah sy di ampang putri
gi kol 8 lebih dan balik nk dekat kol 5 lebih ptg. sy yg tak cukup tido (tido dlm 4 jam) kena kuatkn semangat laa. walaupun letih sy mmg kuatkn semangat sy temankn ayah sy.
ngantok giler sy dan masa ayah mkn kat cafe ampang putri,sy hampir terlena dibuatnya. so,sy terpaksa laa merayau sat. kononnya nk beli majalah coz otak keetulan waktu tue ngantok.
ayah kata sabtu nie kena gi lagi sbb nk buat operate sikit kot. entah laa. sy tak brp tau sgt bab nie.
sampai umah,sy naik atas dan terlena sat. sy bangun nk dkt buka pose. ya allah,
melampau tol sy blh terlena sat. kalo ikutkn ati malas nk bgn but sy fikir sy nk buka pose,sy kuatkn ati.mlmnya sy tido kol 12pg

Thursday, August 12, 2010

9.8.2010

bestnya coz ari nie ayah kuar IJN (Institut Jantung Negara). sy dtg IJN dlm pukul 8 lebih pg dgn pok cik (driver) mak sy yg 3 kali seminggu antar ke dialisis.
sampai IJN terus jumpa ayah dgn tak mkn dan minum pg lg. gi cafe dan beli newspaper tok ayah dan my fav newspaper (metro).
lama giler tunggu ayah kuar IJN. dlm 5.45 ptg br kuar IJN coz terasa lembab pula nk tunggu doc tulis surat kebenaran nie. hampir tertido laa sy tunggu ayah kuar wad.
tp ayah kuar wad IJN dgn ada tiub di saluran air kencingnya. so gerakannya terbatas laa. terpaksa laa naik kerusi roda wad IJN.
ceh,sy ingat saluran tue akan dibuka but kena pula gi gi HKL kalo nk bukanya coz yg sna buatknnya. leceh tol laa dan menyusahkn jer ayah sy. tp tak tau temujanjinya bila coz HKL ramai org ke sana
tp ayah sy pula blh lakuknnya dan sy ada teman berpantang dlm bab mknan nie walaupun doc kasi mkn segala jenis mknan. tue bestnya coz kitaorg senasib kena pantang. hahahahaha

Tuesday, August 3, 2010

knp adik mesti diaorg cari gaduh?

skrg nie sy cukup pelik coz knp apa yg sy buat mesti tak kena kat mata diaorg semua (ahli kuarga?) diaorg seolah2 nk cari gaduh dengan sy jer coz apa yg sy buat mesti jer tak kena dgn diaorg
sy ckp dgn diaorg,diaorg kata sy membebel walaupun kata2 sy tue benar,sy larang diaorg dan diaorg kata sy mengongkong laha kata2 sy kadang2 buat kakak atas sy kata sy tak hormat kat dia dan pantang dia org bangkang kata2 dia.
dia pernah terfikir tak perasaan sy apabila adik sendiri membangkang kata2 sy? sy hanya ucap sikit jer terus dia labelkn sy membangkang kata2nya. kalo mcm tue biar laa dia terasa coz sy org yg dia blh pijak2kn. sy hanya bg sikit coz tue antara yg sy alami tp dia pernah kaa faham perasaan sy kalo setiap tindakn sy tak ada org (adik) yg hormatinya?
adik bawah sy nie,kalo sy call dia mesti dia putuskn call sy seolah2 sy org yg tak berguna tp kalo kakak or abg yg lain call dia ok jer.
betul kot sy nie tak berguna langsung kat mata diaorg dan sbb tue diaorg blh pijak2 sy nie dan segala perbuatan sy nie tak berguna.
kdgkala bg sy,sy tertanya2 knp sy tak bisu jer coz kalo sy ckp jer,semua kata2 sy salah kat mata diaorg dan waktu tue laa diaorg takkn berasa bersalah kat sy walaupun sy sedar masa tue sy pasti akan sakit hati but sekurang2nya sy tak payah laa luahkn sakit ati sy nie kat diaorg
bg sy skrg nie,ahli kuarga memang nk cari gaduh dgn sy. agak2nya kalo sy mati br ok bebanan sy nie kat diaorg tp sy tak mohon mati. kalo ia berlaku sy akan bg tanda kat diaorg pun

Monday, August 2, 2010

aku terasa biarkn aku kena

ari nie baba dh blh kuar icu. lepas balik jer kolj kol 12 tghari sy terus balik umah dan siap ala kadar dgn ajak mak ngah skali ke IJN. sampai kat IJN dlm kol 1 lebih tghari (nk dkt kol 1.30 tghari)
baba masuk wad biasa kol 2.30 ptg, gi melawat baba dlm 10 minit dan nurse bgtau yg baba blh kuar icu dan kena tunggu kat bilik A 303. sy terus tunggu kat luar bilik dan terlupa yg baba masuk ikut lain.
tp sy masuk sikit coz masa tue br tersedar baba masuk guna pintu lain but bbrp minit kemudian baba terus tido kerna sy rasa baba mkn ubat tido
tgk baba,sy sedar keadaan yg baba alami sama dgn keadaan sy masa kena rawat walaupun lain di bedah. sy terasa waktu tue biar laa sy jer yg menanggung kesakitan baba dan baba biar laa tak sakit. sy tau batapa peritnya menanggung kesakitan itu cuma tak tunjuk dgn perkataan saja.
setiap kali tgk baba menanggung kesakitan,sy terasa seakan nk menangis. walaupun baba tak lafazkn kesakitan but dr riak mukanya sy blh baca yg baba alami. sy saat tue terasa biar laa sy alami coz org yg pernah operate akan memahaminya.
bila sy nk tlg baba jer,abg sy larang kononnya bahaya sy buat but dia pernah kaa alami operate?sy tak faham laa,knp perbuatan sy dilarang? diaorg tak pernah alami operate sbb tue agaknya diaorg larang sy. sy faham laa bab operate sbb tue sy tlg baba coz sy ingat,masa sy uzur (muntah byk kali),sy larang org temankn sy mlm coz sy tak mau mereka lihat keuzuran sy.sy waktu tue mmg sedar org dtg but sy tertido akibat sakit.
sy mmg faham yg amat keadaan baba tp org yg tak pernah alami tak faham langsung keadaan tue. kalo sy,sumpah saya takkn kasi diaorg temankn sy pd waktu mlm coz sy tak mau mereka lihat penderitaan sy tue.
sy harap,esok baba ok laa coz sy dh tak mahu lihat baba dlm keadaan kesakitan. perit baba alami,perit laa sy alami juga sampai sy terpaksa berbohong bahawa sy dh mkn mlm sdgkn sy dh hilang selera mkn langsung

Sunday, August 1, 2010

kursus telah tama,kwn lama t dan ayah bertambah baik

sedih pula sy rasakn coz kursus dua hari dh habis ari nie. mcm tak sedar jer sy dh ikuti kursus tue 2 hari di UKM.
hari nie kursus dr kol 9 pg sampai 4.45 ptg. hari nie laa byk sy tanya. org yg ajar pun tanya sy apa tue motion tween dan shape tue masa nk letak cording kat button. mula2 sy terpinga2 but apabila dia dh terangkn kat sy br sy faham sbb masa buat button lec (supoervisor) ajar lain dan dia ajar lain
dia kata ajaran lec (supervisor) tue salah dan dia betul coz mmg tue laa basic awal2 kena faham elemen tue. sy dr tak faham langsung (sikit jer faham),jd faham terus laa coz sy cuba bandingkn ajaran yg slama nie sy pelajari. dia ajar mmg sy makin bertambah faham.
ptg tue dlm kol 2 ptg kita org berempat buat projek. laki tue dgn sorg kakak dan sy dengan sorg kakak lg. kelakar lak animasi yg kita org buat tue coz mmg tak patut pokok keluarkn dengutan. hahahahaha. pasti ada sesi soal jawab laa. so sy tanya laa pasal projector tue yg mana com lain akan dpt baca animasi yg kita buat dlm flash.
kali nie baru sy dpt berbual dgn laki tue coz dia lahir 1981 dan sy 1985,kiranya tak jauh laa usia kami. dia nice person and lemah lembut orgnya. sy ckp laa wajah dia so familiar but sy tak ingat kat mana. i think dia terkejut gak kalo ia mendengar kata2 sy but perbualan kami tak lama laa coz adik dh dtg jemput sy
ptg tue lawat ayah lg. kali nie singgah cafe. sempat laa beli burger daging kat situ coz mmg best pun burger daging tue
kali nie ayah mmg bertambah sihat apabila sy nampaknya. byk laa juga sy bual dgn ayah sy but tak banyak masa dia sihat. best sgt2 coz walaupun sy penat,dpt jumpa dgn dia adalah perkara paling happy yg pernah dan hadiah utama bg sy. yg bestnya esok ayah akan kuar icu dan akan pindah ke wad biasa di IJN. happynya sy
sy juga dpt kawan lama but dia tak ada laa coz dia br bersalin anak perempuan. tue pun anak kawan ayah yg bgtau coz anak kawan ayah bgtau dia dan dia kenal salah seorg drpdnya. mmg best laa ari nie coz akhirnya ada gak kwn lama ingat kat saya walaupun kami dh tak jumpa sejak dia tukar ke maahad walau hanya dgn kabar sahaja