di kala ku dalam perjalanan ke kolej
ku menerima panggilan dari ayahku tercinta
membawa duka kepada ku saat ku gementar
ia mengkhabarkan kau telah tiada di dunia ini
ia mengajakku ke pahang di mana kau menetap selama ini
ia memberi seribu tamparan yang maha hebat kepadaku
kerana kau antara umat yang slalu mengusikku dengan pelbagai usikan
apabila ku menjejakkan kai ke rumah mu
ku sering marah dengan usikkan mu itu
tapi ku tahu kau tidak mengambil hati dengan kemarahanku ini
kerana aku anak sedara yang paling rapat denganmu
apabila kau mengusikku pasti kau akan tersenyum kembali
kerana bagimu kata-katamu itu hanyalah gurauan semata-mata
kau sering membantu apabila ku menghadapi masalah
walaupun masa tue kau tidak berdaya
tapi kau gagahkan dirimu itu
terlampau banyak sumbanganmu kepadaku ini
tapi di saat ku menatap wajahmu buat kali terakhir
kau kelihatan tenang sahaja
sampai ku menaahan air mataku dari mengalir
meratapi pemergianmu itu ke alam kekal abadi
ramai yg menatap wajahmu buat kali terakhir
wajahmu menggambarkan kau tenang dan aman
dari sebagai gangguan di alam ini
tiada lagi penderitaan buatmu
bermula detik ku menatapmu buat kali terakhir
ku pasti aku akan merindui segala usikkanmu kepadaku
kerana usikanmu itu hanya gurauan buatku
yang paling rapat denganmu selama ini
selain isteri tersayang dan anak-anakmu yang dikasihi
tenang lah kamu disana
walaupun ku pasti kami disini
amat merinduimu buat selamanya
terima kasih atas segala jasamu kepada diriku ini
walaupun pernah ku berharap kau tiada
tapi ku tidak berniat kerana ada maksud tersirat disebaliknya
pak ngahku zulkifli aku pasti merinduimu
selagi aku bernafas dimuka bumi ini
kerana kau memberi dorongan kepadaku
No comments:
Post a Comment