Wednesday, December 16, 2009

merindui zaman sekolah menengah



Saat ini aku betul-betul merindui zaman sekolah menengah di mana di sekolah inilah aku berkeras dengan ayah aku untuk memasukinya gara-gara aku tak mau terjebak dalam gejala yang tidak bermoral
Di sekolah ini lah aku first time dapat merasai erti kemanisan sebuah persahabatan sejati di mana orang menjadi sahabatku kerana diriku dan bukan kerana harta yang aku miliki.
Di sekolah ini laa mengajar erti kepada ku sebuah persahabatan karib yang kadang-kadang ada yang curang dibelakang kita dan mereka sahabatku yang karib mengajarku erti jangan balas dendam walaupun hatiku terluka
Sekolah ini mengajarku erti duduk asrama walaupun hanya 3 tahun sahaja dan mengajarku erti semangat dan jati diri bergelar manusia. di mana di sekolah ini aku mesti hidup berdikari seperti basuh baju sendiri, tidur ramai-ramai dan banyak lagi ( yang slama nie tak pernah buat) menjadi insan yang tak mau mengalah.
Di sekolah ini membawaku mengenal berbagai ragam manusia dan ia melihat kejayaanku di dalam SMA (sijil menengah agama) di mana aku dapat keputusan jayyid jiddan yang aku memang tak sangkakan kerana aku ingat aku gagal tapi tak sangka aku lulus dan setaraf mereka yang berpangkat tinggi. ia membuatkan ayahku tersenyum bangga dengan kejayaanku ini.
Ia juga mengajarku tak belajar bersama lelaki dari tingkatan 1 sehingga aku tingkatan 3 dimana kelasku ini terpisah dengan kelas lelaki sehingga tingkatan 4 kami sekelas membuatkan kami malu-malu kucing dengan lelaki sehingga tingkatan 5.
Memang terlalu banyak di sekolah ini bagi aku di mana aku pernah masuk tahfiz al-quran dengan tak ada persediaan mental dan juga anugerah kerana menang dalam permainan. terasa klakar balik dengan gelagat kami di sekolah ini. yang paling klakau skodeng budak laki ke surau aspura yg terletak dekat dengan umah warden asrama.

No comments: