Friday, August 26, 2011

Hari Raya

Raya bakal menjelma
umat islam akan merayakan hari kemenangan
setelah penat berpuasa selama sebulan
tak kira yang muda atau yang tua
lelaki atau perempuan pasti meraikannya

ada yang gembira dan ada yang berduka di hari lebaran
terdapat banyak ragam di hari lebaran
ziarah menziarah pasti dilaksanakan
rumah terbuka sentiasa di nantikan semua lapisan masyarakat

pelbagai jenis baju akan di pakai
tak kira pelbagai fesyen akan di pakai
ada yang cantik atau biasa sahaja
tapi kita semua akan gembira di hari lebaran

kanak-kanak akan mendapat angpau raya
duit akan di kira oleh kanak-kanak
yang sedikit dapat angpau raya
lambat dikunjungi
tapi banyak yg dapat angpau raya
akan slalu dikunjungi

No comments: