saat ini kebahagiaan menjelma dlm diriku ini
terasa bahagia apabila seseorg menyayangi diriku ini
ia tak dapat diluahkn kebahagiaan itu dengan kata-kata
walaupun kadangkala aku membuatkan dia geram
malah kadangkala aku sengaja buatnya cemburu
kerna.......kerna........ kerna......
kadangkala terlepas perkataan lelaki lain dalam mulutku
kerana ku sengajakannya
supaya ku dapat mendengar nada cemburunya
yang membuatkan ku bahagia skali apabila ia cemburu
tapi ku tetap sayang padanya
ku tak melihat kepada fizikalnya itu
tapi ku melihat hatinya yang tulus menerimaku
yg slalu ceria dan membuat onar ini
kerana dia tahu sikapku ini
apabila dia serius aku tak serius
kerana ku tak suka diriku terlampau serius berkata dengannya
kerana ku tahu
itu salah satu sebab dia menyayangiku
setiap saat ku ingin menelefonnya tapi tak mampu
walaupun kreditku banyak tapi ku kena kawal kemampuanku
kerana sekarang ayahku yang membayar kreditku ini
biar laa hanya hujung minggu sahaja aku menelefonnya
melepaskan kerinduan ini padanya kerana ku pasti ia merinduiku
seperti mana aku merinduinya
andai sudah masanya ku tetap akan bersamanya
kerana di masa kelak kita takkan mengetahuinya
No comments:
Post a Comment