Saturday, March 20, 2010

menarik tentang kerdau

Medan Infodesa Kg Kuala Kerdau, Temerloh, Pahang Darul Makmur merupakan Pusat ICT komuniti bagi kegunaan penduduk desa dan luar bandar. MID ini merupakan salah satu daripada 13 projek dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) bagi DUN Kerdau di bawah Parlimen Kuala Krau yang membabitkan peruntukan RM1 juta. MID ini diberi peruntukan sebanyak RM300.000 yang dilengkapi kemudahan seperti bilik ICT, surau, pejabat, tandas, 11 komputer, pencetak, pengimbas, kamera dan peralatan-peralatan pejabat.

Medan Infodesa Kg Kuala Kerdau mula beroperasi pada 2 Januari 2008. Sebelum MID ini beroperasi taklimat pengurusan telah diberikan pada 7 November 2007. Ia mempermudahkan lagi urusan pelaksanaan dan untuk menjayakannya.

Geografi

MID ini terletak di daerah Temerloh, Pahang, Malaysia . Secara khususnya, ia terletak di Mukim Kerdau 20 kilometer dari bandar Temerloh.
Kerdau terkenal dengan dusun manggisnya. Selain manggis, buah-buahan yang terkenal di Kerdau ialah mesta, duku, durian dan beberapa buah-buahan tempatan lain.

No comments: