Wednesday, January 13, 2010

IBN AL-NAFIS

Real Name - Ala-al-Din Abu al-Hasan Ali Ibn Abi al-Hazm al-Qarshi al-Dimashqi
born - 1213 A.D. in Damascus / Damsyik in 607 H / 1210 M
educated - Medical College Hospital (Bimaristan Al-Noori) founded by Noor al-Din Al-Zanki. Apart from medicine

Beliau merupakan tokoh yang begitu kognitif kerana keaslian dan kebebasan pemikirannya, serta kajiannya yang bersandarkan kepada pemerhatian, penelitian dan membuat ujikaji. Di antara contoh eksperimennya adalah dengan menganalisis perjalanan darah di dalam tubuh badan.
beliau merupakan seorang yang sangat tawaduk di dalam berilmu, malah selalu mengadakan perhimpunan bersama ulama-ulama dan ahli-ahli atau pakar kedoktoran di rumahnya.
Ibnu Nafis juga telah menghuraikan buku Tasrihu al Qanun karya Ibnu Sina yang mana di dalamnya terkandung penemuan beliau terhadap proses peredaran darah ke paru-paru. Beliau meneruskan usahanya menghuraikan karya ulama-ulama yang lain sehingga huraian tersebut disusun menjadi beberapa buku.Kecintaan beliau terhadap ilmu juga telah membuatkannya mentafsir buku Al-Adawiyah karya Hippocrate dan buku karya Galinous. Beliau kemudianya telah menyusun buku Syarah Mufradatu al Qanun, Tafsiru al-lal wa Asbabu al Amrad, Syarhu al Hidayah fi al Tib dan Al Syamil fi al Tib yang menyentuh tentang keseluruhan penyakit mata.
Ibnu Nafis mengakhiri penulisannya dalam bidang kedoktoran dengan menulis ensiklopedia Al Syamil fi al Tib. Beliau juga telah bercadang untuk membukukan karya tersebut di dalam 300 jilid, tetapi hanya sempat menyiapkan sebanyak 80 jilid sahaja kerana meninggal dunia. Antara karya beliau yang lain ialah dalam bidang falsafah buku Fadil bi Natiq.

Di dalam laras agama pula, beliau menghasilkan buku Al Risalatu al Kamil fi al Sirah Al Nabawiyyah dan Mukhtasar Ilmi al Hadis. Di dalam bidang bahasa, beliau menghasilkan buku Toriqu al Fasaha dan bidang perundangan pula, beliau menghasilkan buku Syarah Kitabu al Tanbih ila Furui al Syafi’iyyah.
Ibnu Nafis meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada 687 H / 1288 M.

No comments: