Sunday, January 24, 2010

fisioterapi

fisioterapi
Fisioterapi adalah singkatan bagi fisio iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi dan terapi ialah bermakna penjagaan.Jadi makna fisioterapi iailah penjagaan atau pemulihan kefungsian. Di Malaysia fisioterapi boleh juga dikenali sebagai jurupulih perubatan anggota atau pegawai pemulihan perubatan (anggota) Di luar negara pula ia dikenali sebagai ‘Physiotherapy’ atau ‘Physical Therapy’.

sy pernah menjalani rawatan fisioterapi di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) untuk menggerakkan anggota badan sy yang lumpuh (kaki dan tangan) sebelah kiri. org yg merawat sy bernama mohd saiful utk kaki dan tangan iaitu kak lily.
fisiterapi kaki
pelbagai kaedah yang digunakan dlm rawatan ini antaranya adalah mengangkat besi yg tergantung ,exercise kaki, kayuh basikal, naik tangga dan turun tangga ( pendek jer tangga tue ) tapi dlm bilik fisioterapi laa untuk menggerakkan segala anggota tubuh badanku ini.
akhir skali dia suruh sy jalan tanpa menggunakan besi tapi kalo nk jatuh pegang laa besi itu. best memang best kerana dari situ laa saya dapat berjalan macam manusia normal kembali dan dapat mengejar impian sy nie
fisioterapi tangan
mula-mula saya diajar menulis semula coz masa tue mmg sy tak tau cara nak menulis, membuat catatan harian (sungguh boring), main game guna alat permainan yg ada di situ, masak kuih (tak sempat makan laa) dan akhir skali main game computer (best).
kat situ laa sy mengenal pelbagai bangsa dan kaum tanpa mengira jantina sampai kakak dan abg fisioterapi kenal saya but saya masih tak ingat nama diaorang.

rawatan fisioterapi membantu diri ini menjadi diri sendiri tanpa mengharapkan pertolongan orang lain dan memberiku makna kesihatan itu penting bagi diriku ini. ramai terkejut tapi bagiku itu hadiah buat mereka semua yang mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan diriku ini. terima kasih fisioterapi

No comments: