Thursday, January 28, 2010
kau tetap temanku
apabila mengenangkan hari lahirku yang bakal tiba
aku mengingatimu teman sejatiku
masih terimbau di saat perkenalan kita di sekolah menengah
aku menegurmu teman terlebih dahulu
kau banyak berkata-kata kepadaku ini
di saat itu laa aku dah menganggapmu sebagai teman sejatiku ini
kerana apabila aku memerlukan bimbingan
kau menghadirkan dirimu kepadaku
persahabatan tetap diteruskan sehingga habis persekolahan
di saat kau melangsungkan perkahwinan aku hadir
untuk melihat hari bahagiamu itu
kau berkahwin bagiku terlalu muda isinya
walaupun dh berusia 19 tahun
disamping kau terus pengajian mu dalam bidang computer
yang kau minati selama ini
itu antara kegembiraanku ini
di saat kau menerima anak pertama pun sama
terpancar wajah keceriaanmu teman
ia tak terlukis dengan kata-kata
apabila anak keduamu meninggal dunia
kau sedih tapi menyembunyikan kesedihan itu dariku ini
saat kematianmu membuatkan ku terkejut
menggigil tubuh badanku ini apabila teman memberitahu kau telah tiada
duniaku terasa gelap gelita dibuatnya
aku tak dapat tidur kerana mahu melihatmu buat kali terakhir
walaupun hanya jasadmu yang mampu ku melihatnya
penyakitmu aku ketahui melalui sahabat yang lain
cuma aku sedikit terkilan kenapa
kau tak melafazkan penyakitmu itu kepadaku ini
mungkin kerana ku mangsa eksident kau tak sudi melafazkannya teman
tapi pada firasaatku sebelum mngetahui penyakitmu
kau mninggal dunia kerana ilmu hitam yang kau alami selama ini
akibat seseorang mahu balas dendam kat suamimu
tapi kau yang terkena temanku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment