Kaum Senoi pula banyak terdapat di Perak,Kelantan,Selangor,Pahang dan Terangganu.Rupa fizikal mereka pada kebiasaanya lebih tinggi dari Kaum Negrito.Mereka selalunya tinggal di bukit dan gunung2 seperti di Cameron Highland jauh dari pantai.Saya juga ada terdengar cerita yang mengatakan Si Tanggang yang handsome berasal dari kaum Semai.Kalau kita melihat rupa fizikal kaum semai bolehlah dikatakan kaum semai kebanyakkannya adalah kaum yang dikatakan paling cantik dan tampan.
Orang-orang Senoi merupakan orang pemburu dan pengumpul yang dilaporkan menggunakan mimpi jelas bagi memastikan mereka kekal gembira dan kesihatan mental.
Sistem perundangan dan kehakiman undang-undang adat boleh dikesan sejak wujudnya masyarakat orang asli yang menetap di negara ini. Sebagai contoh kaum asli yang terdapat di negara ini ialah Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Sistem perundangan yang diamalkan oleh kaum ini ialah dalam bentuk undang-undang tidak bertulis dan dalam sistem amalan kuno. Mereka tidak mempunyai sistem undang-undang yang lengkap dan jelas. Kebanyakan perlakuan mereka digariskan oleh amalan dan kebiasaan. Setiap kesalahan yang dilakukan akan dihukum. Ketua puak atau Penghulu atau Batin dengan dibantu oleh golongan tua menetapkan bentuk hukuman denda yang akan dikenakan kepada setiap kesalahan. Sekiranya berlaku pertikaian atau pertelingkahan di antara puak, maka rundingan akan diadakan oleh ketua-ketua puak berkenaan untuk mencari penyelesaian.
Golongan Melayu Proto yang dihalau tadi dipisahkan oleh faktor-faktor goegrafi sehingga akhirnya mereka hidup terpisah-pisah. Keturunan-keturunan mereka dikenali sebagai Semang, Jakun, Jahut, Senoi, Negrito dan banyak lagi yang dikenali sebagai orang asli.
No comments:
Post a Comment