Saturday, January 30, 2010

miraie/ To The Future



Hora ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegoran
Are ga anata no mirai

Haha ga kureta takusan no yasashisa
Ai wo idaite ayume to kurikaeshita
Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai
Sonna watashi no te wo nigiri
Issho ni ayundekita

Yume wa itsumo sora takaku aru kara
Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no
Jibun no SUTOORII dakara koso akirametakunai
Fuan ni naru to te wo nigiri
Issho ni ayundekita

Sono yasashi wo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu

Hora ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegoran
Are ga anata no mirai

Mirai e mukatte yukkuri to aruite yukou

english
Look! Look underfoot
This is your path to walk
Look! Look at what’s before you
That over there is your future

My mother gave me much kindness
While embracing love, I returned to my dreams
I was still a child then, and didn’t understand the significance when
She held my hand and we walked together
Dreams are always sky high and
though fearful, we still continue to reach for them
I should know this story because I never gave up
Although I was uneasy, we walked together

At times, I hated that kindness,
yet I would become weak when separated from her

Look! Look underfoot
This is your path to walk
Look! Look at what’s before you
That over there is your future

At times, I hated that kindness,
yet I would become weak when separated from her

Look! Look underfoot
This is your path to walk
Look! Look at what’s before you
That over there is your future
Look! Look underfoot
This is your path to walk
Look! Look at what’s before you
That over there is your future

Face your future,
and slowly approach it

Friday, January 29, 2010

slamat ulang tahun fazna


ari nie jam 3.30 pg saya dilahirkan di Kuala Lumpur. sy sungguh seronok mengingati kelahiranku ini kerana di tarikh inilah aku dilahirkan walaupun terselit kepiluanku ini.
tp ia takkan mematahkan semangatku ini untuk berjuang meneruskan kehidupan ini kerana ia menjadi pembakar semangat kepadaku agar berusaha lagi gigih dan mengubah sikap burukku ini.
di tarikh lahirku ini laa membuatkan aku membuat keputusan agar aku berkahwen lagi lewat dari kawan-kawan baikku ini kerana aku nak melihat kebahagiaan mereka baru laa kebahagiaan diriku ini kerana kegembiraan mereka adalah kebahagiaan dan hadiah lahir buat diriku ini.
sempena besday sy nie,sy tak meminta hadiah yg mahal, ia bukan harta tapi sy meminta yang lain yang semua org miliki iaitu:-
- semua ahli keluargaku berkumpul dengan gembira
- ibuku sihat dari dialisis (cuci buah pinggang)
- sahabat baikku meraikan besdayku
- teman-teman chatku hidup bahagia
- jodohku ditentukan oleh keluargaku

selamat ulangtahun FARAH MUNA @ FAZNA @ FAZ @ NA @ PAZANAH @ PASNAH

Thursday, January 28, 2010

kau tetap temanku



apabila mengenangkan hari lahirku yang bakal tiba
aku mengingatimu teman sejatiku

masih terimbau di saat perkenalan kita di sekolah menengah
aku menegurmu teman terlebih dahulu
kau banyak berkata-kata kepadaku ini
di saat itu laa aku dah menganggapmu sebagai teman sejatiku ini
kerana apabila aku memerlukan bimbingan
kau menghadirkan dirimu kepadaku
persahabatan tetap diteruskan sehingga habis persekolahan

di saat kau melangsungkan perkahwinan aku hadir
untuk melihat hari bahagiamu itu
kau berkahwin bagiku terlalu muda isinya
walaupun dh berusia 19 tahun
disamping kau terus pengajian mu dalam bidang computer
yang kau minati selama ini
itu antara kegembiraanku ini

di saat kau menerima anak pertama pun sama
terpancar wajah keceriaanmu teman
ia tak terlukis dengan kata-kata
apabila anak keduamu meninggal dunia
kau sedih tapi menyembunyikan kesedihan itu dariku ini


saat kematianmu membuatkan ku terkejut
menggigil tubuh badanku ini apabila teman memberitahu kau telah tiada
duniaku terasa gelap gelita dibuatnya
aku tak dapat tidur kerana mahu melihatmu buat kali terakhir
walaupun hanya jasadmu yang mampu ku melihatnya

penyakitmu aku ketahui melalui sahabat yang lain
cuma aku sedikit terkilan kenapa
kau tak melafazkan penyakitmu itu kepadaku ini
mungkin kerana ku mangsa eksident kau tak sudi melafazkannya teman
tapi pada firasaatku sebelum mngetahui penyakitmu
kau mninggal dunia kerana ilmu hitam yang kau alami selama ini
akibat seseorang mahu balas dendam kat suamimu
tapi kau yang terkena temanku.

Wednesday, January 27, 2010

berjaya install



selama ini memang saya berharap sgt agar saya dapat install dengan sempurna walaupun terpaksa guna tenaga org lain utk install yang lain.
hari nie berjaya gak hasrat yang saya pendam itu apabila dapat install flah atas bantuan org kedai dan sy dpt baiki projek saya tue
walaupun sblm nie sedih yg amat keraa bimbang tak dapat jalankan edit-edit projek tp mlm nie dapat jalankn kerana segalanya dh install wapaun sy terpaksa menanggung risiko lain. kerana projek sy sanggup lakukan segalanya

Tuesday, January 26, 2010

IT (MULTIMEDIA)

My Girl OST: Never Say Goodbye


What is multi media (MM) ?
Multimedia is the use of computer to present and combine text, graphics, audio, and video with links and tools that let the user navigate, interact, create, and communicate.
Multimedia is (Computing) designating or relating to applications which incorporate a number of media, such as: text, audio, video, and animation, esp. interactively (Oxford English Dictionary)
4 components essentials of multi media are :1. A computer2. Links3. Navigational tools4. Ways to gather, process, and communicate information and ideas

Definition
1. Multiple media accessed through a common interface
2. Interaction is often evident but not essential


Multimedia Rationale
Only 4 reasons justify adapting any new system, technology, or strategy :
You must be able to do something :
1. Faster
2. Easier
3. Cheaper
4. Better

Why is MM Important?
MM is changing the nature of reading and MM uses links to let navigate universe of connected information at the speed of light (Information Superhighway) MM is highly effective: People retain (Computer Technology Research, 1993) :1. 20% what they see2. 30% what they hear3. 50% what they see and hear4. 80% what they see, hear, and do simultaneously
- Used essentially to define applications and technologies that manipulate text, data, images, voice and full motion video objects.
- Systems that support the interactive use of text, audio, still images, video, and graphics. Each of these elements must be converted in some way from analog form to digital form before they can be used in a computer application. Thus, the distinction of multimedia is the convergence of previously diverse systems.
- Presentations of sound and light, words in magnetically graven image - and any known combination thereof as well as nuances yet to come. Though computer CD is the dominant wrapper for these works, technological innovation is the hallmark of the electronic-publishing arena, and new formats will expand the creative and market potential. Multimedia books are publishing events; their advent suggests alternative avenues for authors as well as adaptational tie-ins with the world of print.
- Presenting data in more than one medium, such as combining text, graphics and sound.
# A combination of various types of media, including sound, animation, video and graphics. Due to the generally large size of "multimedia" files, a CD-ROM is usually necessary to store files. As well, appropriate sound and video cards and speakers are also necessary.

Monday, January 25, 2010

lagu nie yaa

(korean song) kiss - Because i'm a girl


lagu nie banyak menceritakan rintangan yang bakal dihadapi apabila berdepan dengan masalah seperti mana keadaanku sekarang yang sedang bedepan dengan masalah nk mendownload (install) flash kat kedai sedangkan minggu depan bentang kat dewan PKK

Sunday, January 24, 2010

fisioterapi

fisioterapi
Fisioterapi adalah singkatan bagi fisio iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi dan terapi ialah bermakna penjagaan.Jadi makna fisioterapi iailah penjagaan atau pemulihan kefungsian. Di Malaysia fisioterapi boleh juga dikenali sebagai jurupulih perubatan anggota atau pegawai pemulihan perubatan (anggota) Di luar negara pula ia dikenali sebagai ‘Physiotherapy’ atau ‘Physical Therapy’.

sy pernah menjalani rawatan fisioterapi di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) untuk menggerakkan anggota badan sy yang lumpuh (kaki dan tangan) sebelah kiri. org yg merawat sy bernama mohd saiful utk kaki dan tangan iaitu kak lily.
fisiterapi kaki
pelbagai kaedah yang digunakan dlm rawatan ini antaranya adalah mengangkat besi yg tergantung ,exercise kaki, kayuh basikal, naik tangga dan turun tangga ( pendek jer tangga tue ) tapi dlm bilik fisioterapi laa untuk menggerakkan segala anggota tubuh badanku ini.
akhir skali dia suruh sy jalan tanpa menggunakan besi tapi kalo nk jatuh pegang laa besi itu. best memang best kerana dari situ laa saya dapat berjalan macam manusia normal kembali dan dapat mengejar impian sy nie
fisioterapi tangan
mula-mula saya diajar menulis semula coz masa tue mmg sy tak tau cara nak menulis, membuat catatan harian (sungguh boring), main game guna alat permainan yg ada di situ, masak kuih (tak sempat makan laa) dan akhir skali main game computer (best).
kat situ laa sy mengenal pelbagai bangsa dan kaum tanpa mengira jantina sampai kakak dan abg fisioterapi kenal saya but saya masih tak ingat nama diaorang.

rawatan fisioterapi membantu diri ini menjadi diri sendiri tanpa mengharapkan pertolongan orang lain dan memberiku makna kesihatan itu penting bagi diriku ini. ramai terkejut tapi bagiku itu hadiah buat mereka semua yang mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan diriku ini. terima kasih fisioterapi

Saturday, January 23, 2010

sultan Johor mangkat


Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas
dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman
di sini malam ini.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April
1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan
Agong kelapan.

Thursday, January 21, 2010

betulkah ia

sering menjadi pertanyaan kepada diriku ini tentang khabar berita yang disampaikan oleh orang lain samada ia betul atau pun tidak kerana apa yang di cakap tidak seiring dengan situasi sebenarnya.
tapi kadangkala ia betul kerana aku sendiri pernah alamainya. aku alaminya masa aku xcident dan masa kehilangan insan tersayang (sahabat karibku)
tak sangka,org pertama yang telefon kpdku (sahabat karibku) adalah insan pertama yang meninggalkan diriku ini.
dia laa yang menkhabarkan tentang kemalangan diriku ini dan tak ku sangka dia laa yang pertama meninggalkan diriku ini.
masa kematiannya ku tak sangka langsung kerana baru pg hari (hari kejadian) ku bermain mesej dengannya dan di malam harinya dia sudah tiada. kawan baikku yg lagi sorg mengkhabarkannya kepadaku dan baru ku melihat mesej itu di hpku.
mmg tamparan yang amat laa kepadaku kerana dia antara sahabatku yang memahami sikap diriku ini cuma yang buat ku terkilan adalah sikapku yang tak menunjukkan ku mempunyai pak we kepadanya.
terus semalaman ku tak dapat tido gara-gara ku terkenangkannya.apabila ku melihat dengan mataku sendiri barulah ku percaya,dia sudah tiada lagi.
ku slagi dapat tahan air mata,ku akan biarkannya tak mengalir dengan derasnya kerana ku tahu,dia tak mau melihat insan yang menyayanginya menangis dan dia sendiri yang akan merasa sedih

Tuesday, January 19, 2010

kenapa ia terjadi

start saya cakap dan bergerak umur 4 tahun dimana time tue saya hampir dianggap OKU ( org kurang upaya) oleh mak saya. sy sedih sikit laa dibuatnya sampai saya rasa mak saya tak caya kat saya lg.
kena terapit beskal tua masa naik bersama arwah cousin sy kat Pekan,Pahang masa kecik (x silap sblm tadika lg) sehari sblm raya sampai kena urut di pagi raya dan jd mata2 yg pandang sy masa sy kena angkat di pg raya buatkan sy sungguh malu. dh laa sakit kena urut,x blh jalan dan asyik kena dukung but dapat laa penuhi kehendak kanak2 sy masa tue (ok laa tue)
masa diploma pula,kaki berdarah akibat jatuh kat buku lali,lukanya sebulan laa juga dibuatnya sampai ada kesan parutnya kat kaki saya nie masa kejar nak ke bas balik ke rumah dari pahang ke KL nie,dh laa dok kat sebelah laki dan sakit yg amat pula tue,sabo jer laa aku masa tue
allergic dengan kasut samapai skrg,kalo pakai kasut kena ada stokin coz kaki mmg allergic dengan kasut
minyak wangi pun sama tp skrg kirablh bau laa lg,dulu pitam sy kalo bau minyak wangi tp skrg dah boleh kawal lg.
last skali pasal xcident, yg tue mmg dasyt bg saya coz sy blh koma,lumpuh separuh badan,ilang ingatan dan ilang sikit kepala saya. tp yg bagusnya sy dapat sedarkn diri ttg kepentingan semua org,perasaan pesakit dan yg penting saya dapat suasana baru dengan keadaan yg brbeza dgn sy

Sunday, January 17, 2010

semlm cousin bersalin

sukanya saya coz ramalan mak cik sy yg mengatakan cousin bakal bersalin pada tarikh besday sy tak tercapai coz semlm dia bersalin seorang anak perempuan kat pahang.
best giler-giler laa coz sy agak jeles kalo dapat anak sedara atau sedara yg sama lahir dengan saya nie coz kalo boleh memang laa tak mau mereka lahir pada tarikh sama dengan aku nie.
tapi anak cousin saya kena kuarantin 48 jam kat spital (kot) . tp sy tak kisah langsung asalkan anak dia bukan lahir pada besday saya nie coz kalo boleh memang saya tak mau org ingat besday saya dan sy memang nak sambut besday saya dengan happy jer

Saturday, January 16, 2010

kenduri kawen

ari nie cousin sy yg kat johor kawen dan di lakukan di hotel de palma ampang so sy dengan aya gi laa.
sy ingat diaorg dh lama kawen tapi rupanya baru kawen pg td.majlisnya kol 3.30 ptg, so dapat laa isi perut dgn minum petang.
ada abc aku kebas laa coz aku mmg minat giler dgn abc cuma char kue teow aku tak makan coz ramai orang di majlis itu

Friday, January 15, 2010

kalau dapat undur asa

kalau masa dapat diundurkan
akan ku undurkan masa berlaku kemalangan
akan kuundurkan masa setiap kemalangan
yang menimpa diriku ini
akan kuundurkan pembedahan dikepala ku ini
segala kejadian bruk menimpa daku ini
supaya ku dapat tenteram

andai waktu diundurkan
akan ku undurkan detik ia berlaku
kerana ia amat menyakitkan daku
segalanya perlu ku tanggung sendiri
mereka hanya memerhatikan sahaja

jika detik dapat diundurkan
akan ku bahagiakan semuanya
memenuhi kehendak mereka semua
walaupun ku tak mampu hadapinya
tapi akan ku cuba memberinya

andai dapat kuundurkan masa kematian berlalu
akan ku bahagiakannya dan memenuhi kehendaknya
akan ku tunaikan segala permintaannya kepadaku ini
walaupun kadang-kadang ku tak mampu hadapinya
kerana persahabata itu amat penting bagiku ini
akan ku simpan kata-kata akhirnya
dalam sanubariku ini

Thursday, January 14, 2010

selagi ada rindu - pak long

Selagi Ada Bulan Mentari
Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang

Selagi Ada Ombak Dan Laut
Selagi Hatiku Terpaut
Selagi Ada Turunnya Hujan
Selagi Ada Rahmat Tuhan

Selagi Ada Langit Dan Bumi
Selagi Cintaku Bersemi

co
Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu

Oh Kasih (Oh Kasih)
Damailah (Damailah)
Engkau Disana

Ku Berdoa (Ku Berdoa)
Pada Tuhan (Pada Tuhan)
Agar Kau Bahagia

Lagu: Pak Long
Lirik: Pak Long

Wednesday, January 13, 2010

IBN AL-NAFIS

Real Name - Ala-al-Din Abu al-Hasan Ali Ibn Abi al-Hazm al-Qarshi al-Dimashqi
born - 1213 A.D. in Damascus / Damsyik in 607 H / 1210 M
educated - Medical College Hospital (Bimaristan Al-Noori) founded by Noor al-Din Al-Zanki. Apart from medicine

Beliau merupakan tokoh yang begitu kognitif kerana keaslian dan kebebasan pemikirannya, serta kajiannya yang bersandarkan kepada pemerhatian, penelitian dan membuat ujikaji. Di antara contoh eksperimennya adalah dengan menganalisis perjalanan darah di dalam tubuh badan.
beliau merupakan seorang yang sangat tawaduk di dalam berilmu, malah selalu mengadakan perhimpunan bersama ulama-ulama dan ahli-ahli atau pakar kedoktoran di rumahnya.
Ibnu Nafis juga telah menghuraikan buku Tasrihu al Qanun karya Ibnu Sina yang mana di dalamnya terkandung penemuan beliau terhadap proses peredaran darah ke paru-paru. Beliau meneruskan usahanya menghuraikan karya ulama-ulama yang lain sehingga huraian tersebut disusun menjadi beberapa buku.Kecintaan beliau terhadap ilmu juga telah membuatkannya mentafsir buku Al-Adawiyah karya Hippocrate dan buku karya Galinous. Beliau kemudianya telah menyusun buku Syarah Mufradatu al Qanun, Tafsiru al-lal wa Asbabu al Amrad, Syarhu al Hidayah fi al Tib dan Al Syamil fi al Tib yang menyentuh tentang keseluruhan penyakit mata.
Ibnu Nafis mengakhiri penulisannya dalam bidang kedoktoran dengan menulis ensiklopedia Al Syamil fi al Tib. Beliau juga telah bercadang untuk membukukan karya tersebut di dalam 300 jilid, tetapi hanya sempat menyiapkan sebanyak 80 jilid sahaja kerana meninggal dunia. Antara karya beliau yang lain ialah dalam bidang falsafah buku Fadil bi Natiq.

Di dalam laras agama pula, beliau menghasilkan buku Al Risalatu al Kamil fi al Sirah Al Nabawiyyah dan Mukhtasar Ilmi al Hadis. Di dalam bidang bahasa, beliau menghasilkan buku Toriqu al Fasaha dan bidang perundangan pula, beliau menghasilkan buku Syarah Kitabu al Tanbih ila Furui al Syafi’iyyah.
Ibnu Nafis meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada 687 H / 1288 M.

Tuesday, January 12, 2010

pic tokoh kemerdekaan



tun v.t. sambathan



tun razak



tun h.s. lee



tuanku abd rahman

Tokoh-Tokoh Kemerdekaan

Antara tokoh-tokoh penting kemerdekaan negara termasuklah:

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Beliau merupakan Presiden UMNO, Ketua Parti Perikatan dan Perdana Menteri. melalui kebijaksanaannya mengendalikan pakatan murni antara kaum, kemerdekaan telah dapat dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang.

Tun Abdul Razak

Timbalan Presiden UMNO dan Tinbalan Perdana Menteri. Beliau telah memainkan peranan sebagai perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun1956 . Beliau juga menjadi perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun 1956. Beliau itu juga menjadi perunding dalam menyiapkan perlembagaan Kemerdekaan 1957. Selain itu , beliau telah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang menggubal sistem pendidikan kebangsaan negara. Laporan itu dikenal sebagai Penyata Razak pada tahun 1957. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970.

Tun H. S. Lee

Beliau merupakan tokoh MCA yang telah memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan . Parti ini telah bekerjasama dengan UMNO dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan negara pada tahun 1957. Bagaimanapun peranan Tan Cheng Lock sebagai Presiden MCA tidak kurang pentingnya sebagai penyokong Tunku Abdul Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan negara
Tun V. T. Sambathan
Beliau merupakan presiden MIC yang telah bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkankemerdekaan negara. Beliau telah menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara yang kukuh dan menyeru kaum India supaya m,emberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara ini.

Monday, January 11, 2010

pic Syed Mokhtar dan isteri

Syed Mokhtar

- Umur - 53 tahun
- Pendidikan - SPM
- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan -RM1,425 juta
- Ke 7 terkaya di Malaysia
- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta - Proton Perdana
- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula
Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata .

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya . Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan . Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belaja r dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain .

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu .

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja . Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik . Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas . Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa . Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal . Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki . Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan , Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat . Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Kepada anak-anak ibu;

"Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan" (Surah Al-Kahfi: Ayat 46)

tokoh islam - Al-Idrisi

Al-Idrisi paling terkenal di Barat sebagai seorang ahli geografi yang membina sebuah glob sfera perak berukuran berat 400 kg untuk Raja Roger II dari Sicily. Sesetengah sarjana menganggap beliua sebagai ahli geografi dan pelukis peta terhebat semasa Zaman Pertengahan. Beliau juga membuat sumbangan tulen dalam tumbuh-tumbuhan perubatan. Abu ‘Abd Allah Muhammad ibn Muhammad ibn ‘Abd Allah ibn Idris al-Sharif dilahirkan pada tahun 1099M di Ceuta, Sepanyol. Beliau juga dikenali dengan nama pendek beliau iaitu al-Sharif al-Idrisi al-Qurtubi. Beliau adalah keturunan langsung Nabi Muhammad s.a.w.

Al-Idrisi mendapat pendidikan di Cordova. Seperti apa yang lazim bagi ahli geografi Muslim, beliau mengembara ke banyak tempat yang jauh termasuklah Eropah untuk mengumpul data geografi. Ahli-ahli geografi Muslim pada zaman beliau sudah pun membuat pengukuran tepat bagi permukaan bumi, dan beberapa peta dunia telah tersedia ada. Al-Idrisi menggabungkan apa yang tersedia ini dengan penemuan beliau sendiri. Disebabkan pengetahuan beliau mengenai semua bahagian dunia yag diketahui ini, beliau menjadi terkenal dan mula mendapat perhatian pelayar-pelayar Eropah dan perancang-perancang ketenteraan.

Kemasyhuran dan kecekapan al-Idrisi akhirnya membawa kepada perhatian Roger II, Raja Sicily berketurunan Norman yang menjemput beliau untuk menghasilkan peta dunia terkini. Adalah patut disebutkan bahawa Sicily pernah berada di bawah pemerintahan Muslim sebelum Raja Roger, yang hasil karya orang-orang Islam tersedia dengan bebas untuk dihantar ke Eropah melalui Barat Latin. Al-Idrisi menghasilkan sebuah bola perak berukuran berat 400 kg dan dengan teliti mencatatkan di atasnya tujuh benua berserta laluan-laluan perdagangan, tasik dan sungai, bandar-bandar utama, dataran dan gunung-ganang. Beliau juga memasukkan maklumat seperti jarak, panjang dan ketinggian yang sesuai. Glob beliau disertakan dengan buku beliau al-Kitab al-Rujari (Buku Roger). Beliau juga membuat satu perlambangan dunia yang diketahui di atas sebuah ceper.

Buku al-Idrisi Nuzhat al-Mushtaq fi Ikhtiraq al-Afaq (Hiburan Bagi Mereka yang Inginkan Pengembaraan Merentasi Ufuk) adalah sebuah ensiklopedia geografi yang mengandungi peta dan maklumat terperinci mengenai negara-negara Eropah, Afrika dan Asia. Kemudiannya, beliau menyusun sebuah ensiklopedia yang lebih komprehensif berjudul Rawdat al-Nas wa Nuzhat al-Nafs (Taman Manusia dan Hiburan Jiwa). Pengetahuan al-Idrisi mengenai Niger sehingga ke Timbuktu, Sudan dan kepalair Sungai Nil adalah istimewa kerana ketepatannya.

Al-Idrisi juga membuat sumbangan besar dalam sains tumbuh-tumbuhan perubatan dan telah menulis beberapa buah buku. Yang paling popular ialah buku yang berjudul Kitab al-Jami’ fi Safat Ashtat al-Nabatat. Beliau menyemak dan mensintesis semua karya mengenai subjek tumbuhan perubatan dan menggabungkan ubat-ubatan yang tersedia kepada beliau daripada saintis-saintis Muslim dan menambahkan koleksi kajian beliau daripada pengembaraan-pengembaraan kepadanya. Beliau menyumbang bahan ini kepada subjek botani dengan penekanan terhadap tumbuh-tumbuhan perubatan. Beliau menerangkan nama-nama ubatan dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Barbar, Suryani, Parsi, Hindi, Yunani dan Latin. Al-Idrisi juga menulis mengenai zoologi dan fauna. Al-Idrisi meninggal dunia pada tahun 1166M.

Al-Idrisi menjadi terkenal di Eropah lebih daripada ahli-ahli geografi Muslim lain kerana kapal-kapal dan pelayar-pelayar dari laut utara, Atlantik dan Mediterranean kerap singgah di Sicily yang berada di tengah laut Mediterranean. Beberapa buah buku beliau diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan buku beliau mengenai geografi popular untuk beberapa abad. Terjemahan salah satu buku beliau diterbitkan pada tahun 1619 di Rom. Terjemahan ini merupakan satu edisi ringkasan dan penterjemah tidak merujuk kepada al-Idrisi. Adalah menarik bahawa Eropah memerlukan beberapa kurun untuk memanfaatkan glob dan peta dunia beliau. Christopher Columbus telah menggunakan peta yang pada asalnya diambil daripada hasil kerja al-Idrisi.


Summary:Al-Idrisi adalah seorang ahli geografi dan kartografi Islam terkemuka di Zaman Pertengahan. Keturunan Rasulullah ini telah menghasilkan banyak peta yang hampir menyamai peta-peta hari ini. Christopher Columbus sendiri menggunakan peta yang dilukis berdasarkan peta al-Idrisi semasa pelayarannya.

Saturday, January 9, 2010

pic gambar org asli




orang asli

Orang Asli found in Peninsular Malaysia. Orang Asli kept to themselves until the first traders from India arrived in first millennium AD.
These slave-raiders were mainly local Malays and Bataks, who considered the Orang Asli as 'kafirs', 'non-humans', 'savages' and 'jungle-beasts.' The modus operandi was basically to swoop down a settlement and then kill off all the adult men. Women and children were captured alive as they are 'easier to tame.' The captives Orang Asli slaves were sold off or given to local rulers and chieftains to gain their favour. Slaves
Orang Asli living in remote forest areas engaged in some trading with the Malays, with jungle produce being exchanged for salt, knives and metal axe-heads. There was also evidence of trade in blowpipes and blowpipe-bamboo among certain tribes. It has also been shown that the Orang Asli have played a significant role in the Malay Peninsula's economic history as collectors and primary traders as early as the 5th Century A.D. An early 19th century report also tells of Negritos providing forest products as tribute to the Malay chiefs of the river basins they resided in.
their three categories are not due to linguistic differences but merely sociological. The Semelai language, for example, is part of the Austro-Asiatic language group, whereas the other Proto-Malay groups, such as the Temuan language, are part of the Austronesian language group. The Semelai and the majority of Orang Asli sub-ethnics speak languages classified as Aslian languages. This is further divided into the Jahaic languages (North Aslian), Senoic languages, Semelaic languages (South Aslian), and Jah Hut.[7] The languages which fall under the Jahaic language group are the Che Wong, Jahai, Bateq, Kensiu, Kintak, and Menriq languages. The Lanoh language, Temiar language, and Semai language fall into the Senoic language category. Languages that fall into the Semelaic group include the Semelai language, Semoq Beri language, and Besisi language (language spoken by the Mah Meri group). Meanwhile, some Orang Asli minorities speak languages classified as Aboriginal Malay languages. This includes the Jakun and Temuan languages among others.Besides these, most Orang Aslis are fluent in the Malay language, the official language of Malaysia.
many of them have embraced monotheistic religions such as Islam and Christianity following some active state-sponsored dakwah by Muslims, and evangelism by Christian missionaries.
Orang Asli are theoretically classified as Bumiputras.

Friday, January 8, 2010

PUAK SENOI

Kaum Senoi pula banyak terdapat di Perak,Kelantan,Selangor,Pahang dan Terangganu.Rupa fizikal mereka pada kebiasaanya lebih tinggi dari Kaum Negrito.Mereka selalunya tinggal di bukit dan gunung2 seperti di Cameron Highland jauh dari pantai.Saya juga ada terdengar cerita yang mengatakan Si Tanggang yang handsome berasal dari kaum Semai.Kalau kita melihat rupa fizikal kaum semai bolehlah dikatakan kaum semai kebanyakkannya adalah kaum yang dikatakan paling cantik dan tampan.
Orang-orang Senoi merupakan orang pemburu dan pengumpul yang dilaporkan menggunakan mimpi jelas bagi memastikan mereka kekal gembira dan kesihatan mental.
Sistem perundangan dan kehakiman undang-undang adat boleh dikesan sejak wujudnya masyarakat orang asli yang menetap di negara ini. Sebagai contoh kaum asli yang terdapat di negara ini ialah Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Sistem perundangan yang diamalkan oleh kaum ini ialah dalam bentuk undang-undang tidak bertulis dan dalam sistem amalan kuno. Mereka tidak mempunyai sistem undang-undang yang lengkap dan jelas. Kebanyakan perlakuan mereka digariskan oleh amalan dan kebiasaan. Setiap kesalahan yang dilakukan akan dihukum. Ketua puak atau Penghulu atau Batin dengan dibantu oleh golongan tua menetapkan bentuk hukuman denda yang akan dikenakan kepada setiap kesalahan. Sekiranya berlaku pertikaian atau pertelingkahan di antara puak, maka rundingan akan diadakan oleh ketua-ketua puak berkenaan untuk mencari penyelesaian.
Golongan Melayu Proto yang dihalau tadi dipisahkan oleh faktor-faktor goegrafi sehingga akhirnya mereka hidup terpisah-pisah. Keturunan-keturunan mereka dikenali sebagai Semang, Jakun, Jahut, Senoi, Negrito dan banyak lagi yang dikenali sebagai orang asli.

Tuesday, January 5, 2010

nie antara perkara menarik tentang sulawesi,indonesia

nie laa antara tempat yg menarik pernah aku pergi dan alami semasa di Sulawesi,Indonesia dari Jakarta,Indonesia. penduduknya ramah dan adat mereka juga menarik hatiku.

Monday, January 4, 2010

friends



MEMORY



OVER AND OVER



ALONE



BESTFRIEND

Sunday, January 3, 2010

slamat hari lahir kakak ku syg


Selamat hari lahir kakak sayangku yg sulung kerana telah menyambut ulangtahun kelahiran pada 2.1.1975.
terima kasih di atas penjagaanku terhadap diriku slama ini terutamanya masa aku masih di dalam kesakitan (xcident)
trima kasih juga kerana slalu berada di samping diriku apabila aku memerlukanmu walaupun skrg kakak telah tak bekerja di ppum tp di ampang tapi jasanya begitu besar kpd diriku ini

Friday, January 1, 2010

2010

slamat tahun baru kepada semua yang mengenali saya tak kira di mana anda berada.
semoga tahun baru kali ini membawa kenangan manis kepada semua
semoga tahun bari ini dapat menyelesaikn segala kekusutan anda
semoga segala penderitaan akan terpadam pada tahun ini
semoga segala hasrat tercapai